DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Tuesday 27 September 2011

PROGRAM PASCA UPSR-KEM AKIL BALIGH UNTUK MENEMPUH ALAM REMAJA....

 Peperiksaan UPSR telah berlalu.Ini bukan bermakna murid-murid Tahun 6 telah bebas dan merdeka dari sebarang aktiviti pembelajaran.Untuk membendung masalah disiplin seperti bising dan ponteng sekolah,berbagai aktiviti pasca UPSR telah disusun atur oleh pihak sekolah bagi menambah pengetahuan sekali gus membentuk sahsiah dan peribadi Islam yang terpuji di kalangan murid-murid yang bakal menempuh  alam remaja ini.Di antara program yang telah disediakan ialah Kem Akil Baligh yag berlangsung selama 3 hari bermula 26 - 28 September 2011.

Berbagai pengisian boleh dimenafaatkan dari program ini khususnya mengenai Fardhu Ain secara praktikal iaitu cara-cara dan adab bersuci,mandi hadas,sembahyang jenazah,cara untuk masbuk di dalam sembahyang berjemaah , cara-cara bertayammum dan lain-lain lagi.


Di  antara guru-guru yang menjadi pembimbing
 di dalam program ini.

Murid-murid di bahagikan kepada beberapa 
kumpulan kecil

Ketua dilantik bagi setiap kumpulan untuk memudahkan
 perbincangan dilaksanakan

Jika ada sesuatu kemusykilan,sila bertanya kepada Ustaz
 atau Ustazah yang sedia memberikan bimbingan

Tentang adab bersuci- Antara bahan rujukan Ustaz 
ialah kitab terkini karangan Ustaz Ismail Kamus-
HIDUP BERSYARIAT

Demonstrasi mensucikan diri dari 
najis mughallazah

Demonstrasi cara-cara masbuk di dalam 
sembahyang berjemaah yang dipimpin
 oleh Ustaz Aridi



Pada hari kedua kem ini, murid didedahkan pula 
 dengan teknik bertayammum menggunakan bedak talkum


Bahagian muka yang telah semprna disapu 
dengan ' debu  tanah'


Kemudian  letakkan tangan ke atas 'debu tanah'



 Teknik menyapu kedua tangan hingga ke siku



Murid didedahkan juga dengan cara-cara mengapan
 jenazah lelaki


Penerangan mengenai teknik mengapan 
dan sembahyang  jenazah


Imam dilantik untuk demonstrasi solat jenazah





Bacaan dan rukun solat jenazah mudah difahami 
kerana ia agak ringkas dibandingkan dengan solat biasa




KEM CELIK JAWI



Menjawab soalan teka silang kata


Menulis ayat di dalam ejaan jawi


Di antara soalan yang diberi kepada kumpulan murid



Perbincangan di dalam kumpulan




TUNJUK CARA KAEDAH MANDI WAJIB





Penerangan yang lengkap oleh Ustaz 
merangkumi teori dan praktikal sekali


Dengar elok-elok dan sematkan di dalam ingatan


Kaum suami dan ayah serta pemimpin 
keluarga masa depan


Mandi wajib mesti sambil duduk untuk lebih
 meratakan air keseluruh badan



Cuci anggota badan dan ambil wuduk sebelum mandi wajib



PENGENALAN ASAS JAHITAN
- Menjahit sarung telefon bimbit









Guru menunjuk cara menjahit sarung telefon bimbit


Aspek ketelitian  adalah  diutamakan


Murid menunjukkan minat mereka untuk menjahit


Elok-elok pegang jarum tu...



Sarung telefon bimbit yang telah siap dijahit




KEM CELIK AQIDAH



Ceramah mengenai sifat-sifat Allah dan
 ciri-ciri seorang Muslim sejati
 oleh En Shaoqhi


Kerja kumpulan Kem Celik Aqidah



Ceramah oleh Tn Hj Shukri mengenai sifat-sifat Allah 
dan Nabi Muhammad s.a.w yang harus dicontohi



Ustaz Sofi juga turut memberi ceramah



KAPAL DAGANG SINGGAH DI MUARA
PENUH MUATAN SI BUAH PALA
JIKA INGIN HIDUP SEJAHTERA
DALAMI ISLAM SEPENUH JIWA




CERAMAH KE ERA SEK MENENGAH OLEH
 KAUNSELOR SMK GUAR CHEMPEDAK


Program ini telah diadakan pada hari Ahad ,9 Oktober oleh kaunselor yang dijemput khas dari SMK Guar Chempedak,En Fadzli bin Abu Bakar

En Fadzli sedang menyampaikan  ceramahnya kepada semua
 murid thn 6 yang bakal menjejakkan kaki
 ke sekolah menengah



 PESTA JUALAN UNTUK MURID-MURID THN 6 SAHAJA


-telah diadakan pada hari Khamis,6 Oktober yang lalu




Di antara gerai-gerai jualan makanan yang ada





PERTANDINGAN MENYEDIAKAN SANDWICH


-TELAH DIADAKAN PADA HARI SNIN,10 OKTOBER DI DEWAN SEKOLAH




Murid-murid sedang menyiapkan bahan-bahan 
untuk membuat sandwich


Sarapan yang trdiri dari sandwich dan minuman telah tesedia













No comments:

Post a Comment